Total Pageviews

Wednesday 23 March 2016

Soalan/Kenyataan Sentap Makan Dalam

Assalamualaikum.. 

Kali ni aku nak post entri berkenaan dengan pengalaman aku sendiri dan orang lain juga. Kenapa 'soalan sentap makan dalam'?? Sebab semua soalan-soalan dibawah buat aku meluat, sentap, terasa, sedih dan sewaktu dengannya. Aku percaya korang pun pernah rasa benda yang sama. 

Apa salahnya kalau sesama kita menjaga kata-kata dan berfikir dulu sebelum tanya soalan-soalan yang bakal mengguris hati orang lain. 

Semasa Bujang

1) Takde boyfriend ke? 
2) Eh.. Umur dah 24 takde calon lagi ke? 
3) Dah mandi bunga? 
4) Bakal suami kerja apa? Pakai kereta apa? 
5) Bila nak bagi mak ayah menantu? 
6) Kau kerja apa? Gaji? 
7) Eh.. Kenapa beli kereta mahal? Nanti lelaki takut nak dekat. 
8) Tak takut jadi anak dara tua ke? 
9) Kalau kahwin lambat nanti susah dapat anak. Tak takut ke? 
10) Aku nak kenalkan kau dengan kawan aku. Boleh ya? 

Lepas Kahwin

1) Dah 2 minggu kahwin, dah ada isi ke? 
2) Bila nak ada anak? 
3) Takde anak lagi, merancang ke? 
4) Suami bagi nafkah berapa ratus? 
5) Best tau ada anak, bila nak ada anak?
6) Dah masak untuk suami? Suami lagi sayang kalau kita pandai masak
7) Kenapa menyewa rumah? Tak mampu beli ke?
8) Dah beli rumah ke? Rumah tu murah je 400k
9) Kenapa duduk dengan mertua? Tak mampu sewa rumah lain ke
10) Tak mengandung lagi? Mandul ke? 
11) Aku rasa aku tak mengandung lagi sebab kene buatan orang

Semasa Mengandung

1) Rasa lama kau mengandung, bila due? 
2) Perut kecil, mesti anak kecil jugak ni
3) Besarnya perut, mesti susah nak meneran nanti
4) Nanti bersalin normal ya, banyak pahala
5) Mesti anak kau hitam ikut kulit suami kau
6) Aku ingat kau gemuk, rupanya mengandung
7) Bersalin hospital kerajaan? Ishhh aku tak suka la hospital free ni
8) Kenapa tak bersalin di KpJ or Prince Court je? 
9) Eh..kau dah mengandung? Aku ingat kau mandul

Selepas Bersalin

1) Kenapa kau bersalin caeser? Tak dapatlah nikmat dan pahala bersalin normal
2) Keciknya anak kau, tak cukup zat ke
3) Anak kau kuat menangis ya
4) Anak kau ni gemok sangat, tak comel lah
5) Anak si polan tu lagi comel dari anak kau
6) Kenapa tak bagi susu ibu? Nanti anak bodoh dan lembap
7) Susu formula ni tak bagus. Nanti anak jadi macam lembu
8) Kenapa bagi mak kau jaga cucu? Tak mampu hantar pengasuh ke? 


Kesimpulannya mulut manusia ni susah nak tutup. Kita kene redha dan jangan ikut perangai mulut yang susah nak tapis. 





4 comments:

  1. Penah dulu makcik saya tanya pada mak "dd tu duduk kl ada org bela ke?" Kemain mulut dia..mak saya tanya saya, saya gelak je lah..tak sentap pun..saya jawab, kalau org bela dd mak, takde lah hujung bulan sibuk call mak nak pinjam duit..kikiki...mak saya pun tergelak sama..mulut org tu, kalau dicili mmg sedap.. :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaaa direct je tny kita ni dibela org ke tak.. Huhu..
      Xpe take positif je apa org nak cakap. Perangai manusia ni lain2 kan.

      Delete
  2. memang lumrah kehidupan gitulah... kena sabar je melayan manusia berperangai gini..huhuhu

    ReplyDelete
  3. First Casino Welcome Bonus | Get 50 FREE Spins No Deposit
    First Casino No Deposit ボンズ カジノ Bonus offers bonuses. A casino no deposit bonus is a reward in which an offer on a slot is given away to bet365 a player 퍼스트카지노 of the game or

    ReplyDelete