Total Pageviews

Friday 4 March 2016

Dah buat E-Filing 2015?



Mulai 1 Mac 2016, LHDN sudah maklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2015 melalui E-Filing boleh dilakukan. 

Maka hari pertama je aku dah terus declare pendapatan aku pada tahun 2015 sebab semangat berkobar nak duit aku balik dalam masa 30 hari jika buat awal. Tahun lepas aku buat E-Filing pada  30 April so aku dapat duit aku balik dalam 26 Jun. Lambat kan? 

So aku nak cerita masa aku dah selesai dan tekan butang HANTAR, keluarkan Pengesahan Penerimaan macam diatas ni. Nampak tak Lebihan Bayaran Sehingga 15/02/2016? Aku mula-mula konfius samada mana satu amount yang aku kan dapat balik? Samada RM 104.10 atau RM 410.15? Dari mana datangnya RM 306.05 tu?!

Then, aku call LHDN hotline dengan pantas sebab officemate aku pun ada masalah kekeliruan yang sama macam aku. 

Rupanya pegawai tu bagitahu aku bahawa masa 2013 aku belum layak untuk ditolak cukai tapi masa aku dapat bonus, dalam penyata gaji dah siap tolak cukai. Pada tahun 2014 aku tak declare atau tak buat E-Filing sebab masa tu aku ingat kalau tak layak tolak cukai, maka tak payah declare. 

So pegawai tu suruh aku buka balik portal E-Filing dan klik e-Be bagi tahun taksiran 2013 untuk buat pengesahan pendapatan aku pada tahun 2013. Maksudnya aku buat dua (2) pengesahan pendapatan iaitu tahun 2013 dan 2015. 

Bagi korang yang belum buat E-Filing lagi, jom lah buat awal sebab nanti takde lah terlupa atau kelam kabut nak buat masa tarikh akhir, duit kita pun boleh dapat awal juga. 

Selamat ber E-Filing :)










No comments:

Post a Comment