Total Pageviews

Friday 22 January 2016

Lamanya Tak Update Blog!

Assalamualaikum Bloggers!! 


Ya Allah rasa dah lama sangat tak update blog! Tak boleh nak update sebab dekat ofis ni Blogger.com kene block.. Haihhh macam la semua staf tak buat kerja kan kalau tgk blog je. Kan dah susah nak keep update dengan kawan-kawan blogger. 


Tapi walaupun aku tak update blog, masih aktif dibelakang tabir.. Haha.. Maksudnya entri aku tentang Syarat Berkahwin Dengan Warga Asing sangat lah popular sampaikan orang Whatsapp & call aku untuk pencerahan. Mana yang kene marah tu harap redha jelah ya sebab aku tulis entri tu dah cukup detail tapi kau tanya lagi soalan yang ternyata dah dijawab dalam blog aku. So tolong dah tolonglah baca entri tu dan fahamkan. Bukan aku nak marah tapi kalau dah spesis suka tanya soalan tapi malas baca ni, memang aku naik hantu paku. 


Tapi lagi.. Nak share berita gembira juga dekat blog ni. Aku pregnant 25 weeks!! Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kurniaan yang maha hebat ini. Can you imagine, there's a human growing up in your belly? Amazing kan? EDD aku insyaallah pada 4 May 2016 nanti. Tak sabar nak tengok baby ni muka macam pak ke mak.. Hahaha.. 






1 comment:

  1. Hi... Ada yg tau ga ya kalo visa kita msh valid sampe 2018. Dan pasport juga mah valid. Tpi halaman pasport sudah habis. Jd saya hra renew pasport kan. Gimana yah dengan visa kita. Hrs request visa br lagi dan brp lama?

    ReplyDelete