Total Pageviews

Wednesday 27 May 2015

Wahai Gaji....


Wahai Gaji... Dari bank kau datang, dari bank juga kau pergi....

Ini memang dilema setiap orang yang makan gaji. Hujung bulan je tunggu gaji lepas tak sampai berapa hari atau paling teruk berapa jam je dah habis!

Macam mana tu? Kalau kita duduk zaman batu boleh lah memang tak guna duit. Sekarang ni serba serbi nak guna duit. Dapat gaji je terus bayar loan kereta, bil Astro, bil handphone, sewa ruma dan blablabla.. Betul tak?

Aku tak tahu macam mana nak advice cara berjimat yang betul sebab aku pun boros pantang nampak baju je nak beli sampai tak muat almari.

Makin banyak baju seorang perempuan tu makin dia tak tahu nak pakai mana satu. 

Aku: Abg.. alaaaa takde baju la nak pakai untuk keluar ni..

Fadly: Ni apa? (sambil tunjuk kat baju-baju aku) Semua ni hantar balik rumah mak lah. Cakap ni semua kain lap.. 

Hahahahahaha.. dengan redha nya aku pun ambil sehelai 'kain lap' untuk dipakai...

No comments:

Post a Comment