Total Pageviews

Thursday 16 April 2015

Les Catacombes, Paris


Siapa pernah tengok movie As Above So Below? Aku baru je lepas tengok movie ni, memang agak dupdapdupdap jugak jantung sambil tengok. Tapi aku bukan nak review cerita tu tapi nak cerita tentang The Catacombs di Paris. Lokasi ni yang menjadi tempat pengambaran dorang. Nak dijadikan cerita sekumpulan manusia ni nak mencari Flamel's Philosopher Stone yang menurut lagenda bahawa batu ni boleh menghidupkan yang mati dan menukar besi kepada emas. Seorang archaeologist ni dapat tahu yang batu ajaib tersebut tersembunyi di dalam The Catacombs . So bermula lah adventure dorang untuk mencari baju ajabib tersebut yang terletak di dalam The Catacom
bs iaitu kubur di dalam tanah yang mengandungi 6 juta mayat yang hanya tinggal tengkorak dan tulang.

The alchemists percaya bahawa nombor yang mewakili syaitan adalah 741 iaitu menjurus kepada Neraka terletak 741 kaki dibawah tanah. So dorang jugak percaya yang batu tersebut terletak diantara Bumi dan Neraka iaitu 370 kaki dibawah tanah. Paris memang mempunyai bawah terowong bawah tanah yang dibina pada zaman dahulu, disebabkan tulah mereka nak melalui The Catacombs untuk mencari batu ajaib tersebut. 


Stop! This is the empire of the dead.

Ini adalah pintu masuk ke The Catacombs. Pada tahun 1700, orang-orang di Paris menguburkan mayat disekitar gereja, tapi bila zaman makin maju dan berkembang, tanah dan ruang untuk perkuburan makin terhad dan dorang decide untuk meletakkan mayat tersebut hanya pada satu tempat iaitu kuari The Catacombs. Teknik mereka menguburkan mayat juga menyebabkan pencemaran kepada saluran air bawah tanah dan bau busuk yang melampau. Acara memindahkan tulang tersebut diantara tahun 1786-1788 dan sepanjang acara tersebut, kuari itu dirahmati mengikut kepercayaan agama mereka. Hingga sekarang, jumlah mayat yang terkubur disini adalah sehingga 6 juta mayat. 

Walaupun ramai orang dah melawat sejak tahun 1867, tetapi rangkaian terowong-terowong di dalam The Catacombs masih lagi menjadi rahsia dan belum terungkai sehingga sekarang. 









No comments:

Post a Comment