Total Pageviews

Monday 23 March 2015

Masyarakat Gelandangan di Jalan TAR

Sabtu malam yang lepas tunang aku (Fadly) ajak temankan dia ke rumah kakaknya so aku pun ikut lah. Sampai-sampai je aku tengok penuh nasi ayam yang di pack sebanyak 250 bungkus. Bila ditanya, rupanya kakak dia dapat tempahan untuk masak 250 bungkus ayam untuk gelandangan di Jalan TAR. Aku pun sinsing lengan baju, apa lagi mestilah tolong bungkus cili dan kicap. Gigih laju-laju bungkus sebab 8.15pm nak ada disana dah.

Sampai je kat sana memang ramai gelandangan @ homeless people dah beratur. Kejap ya, nanti aku bagi gambar kat bawah. Excited lagi ni nak cerita. Okay.. of course lah aku excited sebab first time kan join aktiviti macam ni. Sebab tahun lepas aku baca paper katanya so-called Menter Kabinet nak saman sesiapa yang bagi makanan pada gelandangan. Like seriously? Tu namanya sedekah nokkss.. dah kenapa kau nak saman. Tau lah kau makan nasi ayam kene bayar, gelangan dapat free. Jealous much?

Okay enough tak puas hati dengan menteri. Memang panjang gila yang beratur tu. Aku tak sangka seramai ni gelandangan di area Jalan TAR, macam mana kat area lain? Ada yang naik wheelchair, gendong anak seawal 2 bulan, bawak anak bini, pak guard pun ada, skinhead pun ada jugak 2-3 orang & orang-orang tua. Budak-budak kecik 5-6 orang main-main tepi kaki lima sementara tunggu mak ayahnya beratur. Tengok situasi tu buat aku terfikir, sebenarnya apa yang jadi pada diaorang ni? Apa kisah disebalik mereka yang bergelandangan ni? Gaji diaorang tak cukup ke untuk menyewa di 'kota metropolitan' KL ni? 

Disebalik wajah-wajah gelandangan tu aku nampak ada sorang dua yang tak macam gelandangan siap pakai handbag lawa dan pegang smartphone tapi beratur ambil makanan. Pelik jugak aku, kenapa dia ni. Ataupun memang aku tak paham konsep penganjur program ni yang bagi je makanan pada sesiapa yang beratur. Sebak lah sepanjang aku disana tu menunggu makanan diagihkan kepada gelandangan. Makanan tak cukup tapi yang beratur masih ramai lagi. Hampa pulang dengan perut kosong. 

Masa aku balik tu, rasa terharu sangat sebab ada sebilangan daripada diaorang lambai-lambai aku dalam kereta. Sebak haihhh.. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. Mungkin kekurangan yang diaorang alami tu buat diaorang lagi kuat untuk teruskan hidup. Janganlah dibuang mak ayah kita dikaki lima macam ni. Jangan juga dibuang anak tak sah taraf yang kau excident buat tu. Semua ni manusia yang Allah tiupkan roh di badan nya untuk jadi khalifah Islam di bumi Allah.. Allahuakbar. 



Ni masa aku datang line dah panjang macam ni


Nasi ayam, air mineral & air kotak ready untuk diagihkan.



 Ramai sangat yang beratur




Baca doa dulu sebelum makanan diagihkan



Nampak tu bawak anak kecil





Kesiannya.. Kecil lagi dah hidup susah cari sesuap nasi


No comments:

Post a Comment